Jumaat, 31 Julai 2015

KARNIVAL SAINS DAN TEKNOLOGI ZON PENDIDIKAN SEMANTAN 2015

 Juru Gambar:
Cikgu Nurul Jannah bin Samad

Pada 23 Julai 2015, SK Telok Sentang telah menghantar 2 penyertaan di Pertandingan Bercerita Sains @ Karnival Sains dan Teknologi Zon Pelajaran Semantan 2015 bertempat di SK Jalan Bahagia, Temerloh. TAHNIAH kepada Adik Rina Elisa binti Yang Amri kerana mendapat Naib Johan dalam Pertandingan Bercerita Sains Bahasa Melayu Tahap 2. Walaubagaimanapun Adik Muhammad Nazhan Rifqi bin Jaluddin hanya memperoleh saguhati dalam kategori Bercerita Sains Tahun 3 Bahasa Inggeris. Apapun pihak SK Telok Sentang mengucapkan TAHNIAH dan SYABAS kepada kedua-dua peserta. Tahniah dan Syabas kepada Cikgu Nurul Jannah kerana berusaha gigih dalam memastikan pencapaian di capai mengikut kepada apa yang diharapkan.
TAHNIAH DAN SYABAS.


Hadiah Saguhati yang diterima oleh Adik Muhammad Nazhan bin Jaludin
dalam kategori Bercerita Sains Tahun 3 Bahasa Inggeris

Hadiah Naib Johan yang diterima oleh Adik Rina Elisa binti Yang Amri
dalam kategori Bercerita Sains Tahap 2 Bahasa Melayu

Majlis Penyampaian semula Sijil dan hadiah Saguhati kepada
Adik Muhammad Nazhan bin Jaludin oleh Puan Zamiah binti Salleh
selaku Guru Besar SK Telok Sentang pada 27 Julai 2015 yang lalu

Majlis Penyampaian semula Sijil dan hadiah Naib Johan kepada 
Adik  Rina Elisa binti Yang Amri oleh Puan Zamiah binti Salleh 
selaku Guru Besar SK Telok Sentang pada 27 Julai 2015 yang lalu

Tiada ulasan:

Catat Ulasan