Khamis, 31 Januari 2013

KEJOHANAN MERENTAS DESA 2013

 Peringkat Daerah Temerloh, Pahang


31 Januari 2013 - SK Telok Sentang telah menghantar 8 orang murid iaitu 4 murid lelaki dan 4 murid perempuan untuk menyertai Kejohanan Merentas Desa peringkat daerah Temerloh yang berlangsung SMK Datuk Bahaman, Lanchang, Temerloh. 8 orang murid yang terpilih diiringi oleh 2 orang guru iaitu Ustaz Cik Sofian dan Ustazah Hasnah. Alhamdulillah, salah seorang peserta dari SK Telok Sentang telah mendapat tempat ke-2 dalam kategori bawah 12 tahun perempuan Sekolah Rendah. Insya Allah akan terpilih mewakili daerah Temerloh di peringkat negeri Pahang.

Normalia binti Ismail yang memakai tag no. P629  mendapat naib johan 
kategori Sekolah Rendah bawah 12 tahun dalam Kejohanan Merentas Desa 
pada tahun 2013 kali ini. TAHNIAH dari warga SK Telok Sentang.

Selasa, 29 Januari 2013


MAJLIS PENYERAHAN  BANTUAN KHAS AWAL PERSEKOLAHAN RM100 TAHUN 2013 SK TELOK SENTANG


Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) adalah salah satu bantuan yang telah dijanjikan oleh Y.A.B. Dato' Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia dalam bajet 2012. Selain dari BR1M, kerajaan juga telah memberikan Bantuan Persekolahan sebanyak RM100 yang diberikan kepada semua pelajar sekolah rendah dan menengah di seluruh negara. Diharapkan bantuan ini dapat membantu kira-kira 5.3 juta pelajar seluruh Malaysia. Tujuan bantuan ini diberi awal tahun ini adalah bagi memudahkan proses pembelian keperluan pembelajaran bagi setiap pelajar. bebanan ibubapa juga dapat diringankan kerana anak-anak dapat menggunakan wang bantuan persekolahan yang diberikan oleh kerajaan untuk menampung keperluan seperti membeli peralatan alat tulis dan buku-buku. Bantuan persekolahan ini juga menunjukkan keperihatinan kerajaan terhadap permasalahan rakyat yang terpaksa ditanggung oleh ibubapa setiap kali musim persekolahan bermula. Diharapkan dengan bantuan ini, ibubapa dapat menyediakan anak-anak mereka suasana yang lebih selesa dalam proses pembelajaran anak-anak. 

Jadi, dari inisiatif kerajaan maka satu majlis telah diadakan untuk menyerahkan bantuan khas awal persekolahan ini yang berlangsung pada hari ini (29 Januari 2013) jam 11.00 pagi tadi. Majlis penyerahan bantuan khas awal persekolahan RM100 tahun 2013 telah disempurnakan oleh yang berbahagia En. Mohd Arhan bin Haji Salahuddin wakil khas ADUN Kerdau merangkap pegawai khas Tan Sri Muhyiddin Yasin negeri Pahang. Turut hadir sama dalam majlis ini adalah YDP PIBG SK Telok Sentang, En. Nordin bin Awang Ismail dan Mantan Guru Besar SK Telok Sentang, Cikgu Hassan bin Mat Amin. Bermula jam 10.30 pagi, SK Telok sentang dipenuhi oleh ibu bapa penjaga murid-murid SK Telok Sentang bagi mendaftar untuk menerima bantuan khas awal persekolahan ini. Walaupun majlis sangat ringkas dan padat tetapi ianya sangat bermakna kepada pihak ibu bapa penjaga kerana sedikit sebanyak bantuan ini dapat menggembirakan hati ibubapa penjaga murid-murid SK Telok Sentang kerana kebanyakan dari mereka hanyabekerja kampung dan penoreh getah yang sudah pasti memerlukan sedikit perbelanjaan tambahan untuk persekolahan anak-anak mereka. Mudah-mudahan mereka dapat menggunakan bantuan ini untuk keperluan persekolahan anak-anak mereka.
SEKIAN untuk catatan kali ini. Wasalam.

Pendaftaran dijalankan sebelum majlis penyerahan bantuan berlangsung

Sempat lagi berposing, Cikgu Nik

dari kiri Cikgu Razifahamisah, Cikgu Norhayati dan Cikgu Ros Anita 


Guru kelas Tahun 1, dari kiri Cikgu Zaleha dan Cikgu Siti Maznah

Cikgu Murad dan Cikgu Nazri

Cikgu Armayani, Cikgu Fadilah dan Cikgu Sarimah

Ustaz Cik Sopian dan Ustaz Ahmad Ruwaidi, Masters of Ceremony kali ini

Cikgu Nurkhafizah, Peace You'll

Antara ibubapa yang mendaftar

Cikgu Murad yang khusyuk mencatat kehadiran ibubapa 

Cikgu Kamarul kelihatan mendaftar juga.

Cikgu Murad sedang membasahkan tekaknya yang kering

Makin ramai ibubapa yang hadir

"ambik duit ye kak, sabar ye kak, semuanya dapat"

semakin sibuk melayan ibu bapa penjaga

guru sudah diserbu...

Majlis bermula, kelihatan mantan Guru Besar SK Telok Sentang, Cikgu Hassan

Ucapan oleh En. Mohd Arhan bin Hj. Salahuddin, wakil khas ADUN Kerdau

Pada hadirin khusyuk mendengar ucapan oleh wakil khas ADUN Kerdau

En. Mohd Arhan bin Hj. Salahuddin menyampaikan amanat

Majlis penyerahan bantuan bermula dengan memanggil ibubapa penjaga tahun 1



"Terima kasih..."
"ndok ker, kas dah dapat tuk anok kas"


Jumaat, 25 Januari 2013

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 
PERINGKAT SK TELOK SENTANG 
1434 HIJRAH/2013 MASEHI

25 Januari 2013 bersamaan 13 Rabi'ul Awwal 1434 Hijrah berlangsung majlis Sambutan Maulidur Rasul peringkat SK Telok Sentang. Majlis sambutan pada kali ini disertai oleh semua guru, kakitangan dan murid SK Telok Sentang bermula dengan acara perarakan serta selawat ke atas junjungan besar nabi Muhammad secara beramai-ramai. Perarakan bermula di pintu masuk sekolah menyusur jalan kampung dan masuk semula ke kantin sekolah. Majlis diteruskan dengan pertandingan mewarna bagi semua murid tahap satu dan pertandingan mengarang esei biodata Rasulullah khusus untuk murid-murid tahap dua. Majlis sambutan kali ini di tutup dengan tayangan video "Muhammad Utusan Terakhir". Tayangan video ini diulas oleh Ustaz Sazali dan Ustaz Mohd Padli. Terima kasih kepada semua semua guru dalam menjayakan program sambutan Maulid Rasul pada tahun 2013 kali ini. 
Sepanduk rasmi
Ustaz Kamaruddin Adam, GPK Ko-Kurkulum mengetuai perarakan selawat 

Amin...semoga majlis kali ini berjalan lancar...

"Cantik sepanduk...boleh saya tolong bawakan"

"Ini sepanduk yang kami hasilkan sama-sama, harap jadi juara tahun ni"|

Bersemangat GPK HEM kita, Ustazah Shajiah

GPK Pentadbiran, Puan Siti Fatimah semangat menyertai perarakan selawat

Penyertaan dari murid-murid Pra Sekolah

Majlis dimulai dengan  bacaan doa oleh Ustaz Sazali

Bergambar kenangan dengan sepanduk yang dibuat

Senyum...senyum...



Isnin, 21 Januari 2013


SELAMAT MENGHAYATI BULAN KELAHIRAN NABI MUHAMMAD S.A.W


dengan tema tahun 1434 hijrah:

"WASATIYYAH TONGGAK KESATUAN UMMAH"


WATIKAH PERLANTIKAN PENGAWAS PUSAT SUMBER SK TELOK SENTANG 2013


21 Januari 2013 - Bertempat di Dataran Cikgu Mail SK Telok Sentang, satu lagi program berlangsung iaitu Watikah Perlantikan Pengawas Pusat Sumber SK Telok Sentang bagi tahun 2013. Acara penyerahan watikah perlantikan tersebut disempurnakan oleh yang berbahagia Guru Besar SKTS, Tuan Haji Riza bin Mohamad Shah. TAHNIAH diucapkan kepada guru Media SKTS iaitu Cikgu Norkhafizah kerana menerima anggota pengawas pusat sumber yang baru. Mudah-mudahan gandingan pengawas lama dan baru dapat melancarkan lagi segala program yang direncana untuk tahun ini. Moga Pusat Sumber SK Telok Sentang lebih cemerlang lagi pada tahun 2013 ini. SEKIAN dahulu untuk info kali ini. 

Gambar kenangan antara Guru Besar, GPK dan AJK Pusat Sumber 2013 bersama pengawas pusat sumber
yang dilantik

TAHNIAH atas perlantikan kalian

TAHNIAH atas perlantikan kalian

TAHNIAH atas perlantikan kalian

TAHNIAH atas perlantikan kalian

TAHNIAH atas perlantikan kalian

Khamis, 17 Januari 2013

MESYUARAT AHLI JAWATANKUASA PEWARIS PRA SEKOLAH SK TELOK SENTANG 2013



Tengahari tadi mula jam 1.00 petang, satu mesyuarat telah diadakan bagi membentuk satu jawatankuasa pelaksana Pewaris Pra Sekolah SK Telok Sentang yang dikekola oleh guru Pra Sekolah SK Telok Sentang iaitu Puan Hazlita binti Mokhtar. Mesyuarat kali ini dihadiri oleh Tuan Guru Besar sendiri sebagai penasihat Jawatankuasa Pewaris Pra Sekolah, GPK Kurikulum, Puan Hajjah Siti Fatimah dan tidak ketinggalan meyuarat ini dihadiri oleh semua ibu bapa penjaga murid-murid Pra Sekolah itu sendiri bagi menjayakan pembentukan jawatankuasa Pewaris Pra Sekolah. Mesyuarat kali ini melantik jawatankuasa kerja yang bertanggungjawab untuk menggerakkan Jawatankuasa Pewaris Pra Sekolah ini. TAHNIAH kepada yang dilantik dan mudah-mudahan pembentukan jawatankuasa ini dapat melancarkan lagi segala program yang melibatkan murid-murid Pra Sekolah SK Telok Sentang. SEKIAN untuk info kali ini.

Guru Besar SK Telok Sentang, Tuan Haji Riza sebagai penasihat 
sedang memberi ucapan

Sebahagian ibubapa penjaga yang hadir ke mesyuarat Pewaris 
Pra Sekolah

Khusyuk meneliti informasi dalam pamplet yang disediakan

Macam mana snap gambar ini... maaf kabur sikit...

Guru Pra Sekolah SK Telok Sentang, Puan Hazlita Mokhtar menyampaikan 
ucapan alu-aluan

Kebanyakan anak-anak murid Pra Sekolah adalah di kalangan anak-
anak guru SK Telok Sentang