Khamis, 1 Ogos 2013

Program Ihya Ramadhan 2013

MAJLIS KHATAM AL-QURAN 2013

1 Ogos 2013 (Khamis) - Program penutup Ihya Ramadhan pada tahun 2013 ini adalah Majlis Khatam al-Quran. Majlis Khatam Al-Quran dimulakan dengan penutup tazkirah ramadhan. Seterusnya semua murid Islam berkumpul di Surau an-Nur, SK Telok Sentang. Program dimulakan dengan Pertandingan Azan terbuka kepada semua murid lelaki dari tahun 1 hingga tahun 6 yang berkelayakan. Sejurus selepas itu, pertandingan Hafazan surah-surah lazim dimulakan yang juga terbuka kepada semua murid perempuan dari tahun 1 hingga tahun 6. Sebanyak 3 hadiah disediakan bagi setiap tahun. Pertandingan Azan dan Hafazan diadili oleh Ustaz Mohamad Padli bin Kamaruddin (Penyelaras Program Ihya Ramadhan 2013), Ustaz Sazali bin Patahir dan Ustaz Cik Sofian bin Md Rejab. Program diteruskan dengan Majlis Khatam Al-Quran yang dipimpin oleh GPK Ko-Kurikulum SK Telok Sentang iaitu Al-Fadhil Ustaz Kamaruddin bin Adam. Majlis Khatam al-Quran disertai oleh 5 orang murid tahun 5 dan 17 orang murid tahun 6 terpilih yang menyertai program tadarus al-Quran sepanjang bulan Ramadhan tahun ini. TAHNIAH kepada pemenang pertandingan Azan dan Hafazan. Sekalung penghargaan diucapkan kepada pihak pentadbiran SK Telok Sentang kerana sokongan dan dokongan terhadap program kerohanian ini terutama sekali kepada Tuan Guru Besar. Setinggi-tinggi perhargaan juga diucapkan kepada semua guru dan kakitangan di atas sumbangan idea dan perbelanjaan bagi menjayakan program Ihya Ramadhan pada tahun ini. Moga Allah sahaja yang boleh membalas usaha gigih kalian. TAHNIAH sekali lagi...  

foto kredit kepada: Cikgu Nurkhafizah binti Mohd Razlan

Pamplet Majlis Khatam al-Quran 2013

Pertandingan Azan; adik Mohd Shahin murid tahun 6 mencuba nasib,
siap pejam mata lagi tu...

Pertandingan Azan; adik Engku Nur Mohd Haikal murid tahun 6 juga tidak
lepaskan peluang yang ada

Pertandingan Azan; adik Danish Iman murid tahun 5 (anak Cikgu Norlaili)
juga mencuba nasib

Pertandingan Hafazan; adik Aina Natasya murid tahun 6 mencuba nasib

Pertandingan Hafazan; adik Fatin Hanisah murid tahun 6 (anak Cikgu Nazri)
juga mencuba nasib

Pertandingan Hafazan; adik Nur Akhmar Zura murid tahun 5
juga mencuba nasib

Pertandingan Hafazan; adik Nurul Afiera juga murid tahun 5 mencuba nasib

Pertandingan Hafazan; adik Norlaili wakil murid tahun 4 mencuba nasib

Majlis Khatam al-Quran yang dipimpin oleh Al-Fadhil Ustaz Kamaruddin bin Adam
(GPK Ko-Kurikulum SK Telok Sentang)

Majlis Khatam al-Quran yang dipimpin oleh Al-Fadhil Ustaz Kamaruddin bin Adam

Majlis Tahlil yang juga dipimpin oleh Al-Fadhil Ustaz Kamaruddin bin Adam