Isnin, 22 April 2013


ACARA PENYAMPAIAN HADIAH 

PROGRAM: KEMPEN HORMATI WARGA EMAS  

PERINGKAT SK TELOK SENTANG 2013


22 April 2013 - Pagi ini bertempat di dataran perhimpunan SK Telok Sentang telah berlangsung acara penyampaian hadiah kepada pemenang aktiviti mewarna dan buku skrap bagi murid pra sekolah, Pendidikan Khas dan murid-murid tahap satu dan aktiviti amazing race bagi murid-murid tahap dua sempena Kempen Hormati Warga Emas peringkat SK Telok Sentang. TAHNIAH diucapkan kepada yang berjaya dan bagi yang tidak bernasib baik, cuba lagi tahun depan. Terima kasih diucapkan kepada Panitia Sivik dan Kewarganegaraan dengan kerjasama Unit Bimbingan dan Kaunseling serta Unit Uniform dan Persatuan atas penganjuran program ini. Tidak lupa juga ucapana ribuan terima kasih kepada semua guru yang terlibat dalam menjayakan program ini.  Terima kasih yang tidak terhingga juga diucapkan kepada Guru Besar, Tuan Haji Riza kerana sudi menyampaikan hadiah kepada pemenang-pemenang. TAHNIAH sekali lagi.  
Jurufoto: Cikgu Mohd Arafat. 










 

Sabtu, 20 April 2013

TAHNIAH...

diucapkan kepada Adik Diyana Asyikin binti Shahruddin murid tahun 6 cemerlang kerana kejayaan beliau mendapat tempat pertama dalam Pertandingan Hafazan Kategori Perempuan Sekolah Rendah, Majlis Tadarus Al-Quran Peringkat Daerah Temerloh yang telah berlangsung pada 11 April 2013 (Khamis) yang lalu di Sekolah Kebangsaan Kampung Tengah, Temerloh di bawah kelolaan Pejabat Pelajaran Daerah Temerloh.




KEMPEN HORMATI WARGA EMAS 

SK TELOK SENTANG 2013

Jumaat, 19 April 2013 - Panitia Sivik dan Kewarganegaraan dengan kerjasama Unit Bimbingan dan Kaunseling serta Unit Uniform dan Persatuan telah menganjurkan satu program yang cukup besar maknanya iaitu Kempen Hormati Warga Emas peringkat SK Telok Sentang. Program ini dianjurkan bertitik tolak dari Program Warga Emas peringkat Kebangsaan yang diadakan setiap tahun. Kempen Hormati warga Emas ini dianjurkan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada semua murid-murid SK Telok Sentang berkaitan kepentingan menghormati warga tua terutama sekali ibu bapa mereka yang wajib disayangi dan dihormati sepanjang hayat hidup mereka. Program dimulakan dengan penyampaian perutusan Ketua Setiausaha Negara sempena Kempen Warga Emas peringkat Kebangsaan oleh GPK HEM, Ustazah Shajiah dan sedikit senaman pagi yang dikelolakan oleh  Ustaz Sazali. Sepanjang hari kempen, pihak yang menganjurkan program ini mengadakan program sampingan iaitu program buku skrap untuk murid tahap satu dan pertandingan menyusun puzzle untuk murid-murid tahap dua. 

Di samping itu, selepas waktu murid-murid dihidangkan dengan tayangan video kempen hormati warga emas dan juga persembahan murid yang berkait langsung dengan kempen hormati warga emas termasuklah bernasyid, persembahan pentomen, deklamasi sajak dan lakonan. Diharap program ini memberi kesan yang positif dalam kehidupan seharian muri-murid dalam menjaga adab dan keharmonian dalam hubungan mereka dengan kedua ibubapa mereka. Warga Emas Teras Masyarakat.
Bacaan Doa oleh Ustaz Mohd Padli
Bacaan Doa oleh Ustaz Mohd Padli

Perutusan KSN Kempen Warga Emas Peringkat Kebangsaan yang
disampaikan 
oleh GPK HEM, Ustazah Hajjah Shajiah.
     


Perutusan KSN Kempen Warga Emas Peringkat Kebangsaan yang
disampaikan oleh GPK HEM, Ustazah Hajjah Shajiah.



Senaman sihat pagi oleh Ustaz Sazali

Senaman sihat pagi oleh Ustaz Sazali

Senaman sihat pagi oleh Ustaz Sazali

Senaman sihat pagi oleh Ustaz Sazali

Senaman sihat pagi oleh Ustaz Sazali

Senaman sihat pagi oleh Ustaz Sazali

Senaman sihat pagi oleh Ustaz Sazali

Aktiviti Buku Skrap murid-murid tahap 1

Aktiviti Buku Skrap murid-murid tahap 1

Aktiviti Buku Skrap murid-murid tahap 1

Aktiviti Buku Skrap murid-murid tahap 1

Aktiviti Buku Skrap murid-murid tahap 1

Aktiviti Buku Skrap murid-murid tahap 1

Aktiviti pertandingan Puzzle murid-murid tahap 2

Aktiviti pertandingan Puzzle murid-murid tahap 2

Aktiviti pertandingan Puzzle murid-murid tahap 2

Tayangan video Kempen Warga Emas

Pentomen oleh murid-murid tahun 2 Cemerlang

Pentomen oleh murid-murid tahun 2 Cemerlang

Pentomen oleh murid-murid tahun 2 Cemerlang

Pentomen oleh murid-murid tahun 2 Cemerlang

Persembahan Nyanyian oleh murid-murid Pra Sekolah

Persembahan Nyanyian oleh murid-murid Pra Sekolah

Lakonan oleh murid-murid kelas 3 Cemerlang

Lakonan oleh murid-murid kelas 3 Cemerlang

Lakonan oleh murid-murid kelas 3 Cemerlang

Deklamasi Sajak oleh Adik Diyana Asyikin