Isnin, 25 Februari 2013

PENYAMPAIAN HADIAHPERTANDINGAN "SPELL MASTER" PERINGKAT DAERAH TEMERLOH 2013


25 Februari 2013 - Pagi tadi berlangsung satu upacara penyampaian hadiah yang disempurnakan oleh Tuan Guru Besar. Pemenang yang menerima hadiah tersebut adalah peserta pertandingan "Spell Master". Untuk maklumat pembaca blog, Program "Spell Master" adalah anjuran pihak PPD Temerloh, Pejabat DUN Kerdau dan UiTM Cawangan Jengka, Pahang. Program ini telah berlangsung pada 20 Februari 2013 yang lalu bertempat di Dewan al-Biruni, UiTM Cawangan Jengka. Ada 14 buah sekolah yang terlibat dalam pertandingan ini termasuklah SK Tekal, SK Paya Ara, SK Pulau Pasir Mandi, SK Kerdau, SKJC Bee Yong, SK Paya Taram,  SK Jengka 24, SK Jengka 25, SK Gunung Senyum, SK Lipat Kajang dan SK Telok Sentang. Alhamdulillah, SK Telok Sentang mendapat tempat ketiga, johan disandang SK Paya Ara dan tempat kedua diduduki oleh SKJC Bee Yong. Gambar di bawah adalah antara peserta yang terlibat:- TAHNIAH  kepada Panitia Bahasa Inggeris atas inisiatif menyertai program ini..









PERJUMPAAN IBUBAPA MURID TAHUN 6 KALI PERTAMA 2013


22 Februari 2013 bersamaan hari Jumaat yang lalu telah berlangsung satu perjumpaan ibubapa bagi murid-murid tahun 6 sesi 2013 ini. Perjumpaan rutin tahunan ini antara salah satu program wajib sekolah bagi merancang dan seterusnya melaksanakan pelbagai program kecemerlangan murid-murid tahun 6 sehingga mereka menduduki peperiksaan UPSR tahun ini. Perjumpaan antara ibubapa tahun 6 dengan pihak pentadbiran sekolah amat penting dalam memastikan anak-anak didik SK Telok Sentang dapat memperolehi kecemerlangan dalam pelajaran dan kegiatan ko-kurikulum seterusnya cemerlang dalam UPSR. Mudah2an perjumpaan ini dapat mengeratkan hubungan pihak sekolah dengan ibubapa penjaga murid-murid tahun 6 dan seterusnya dapat merencana program terbaik untuk meningkatkan keputusan UPSR tahun ini. TAHNIAH atas pelaksanaan program perjumpaan pertama kali ibubapa murid-muid tahun 6 dengan pihak pentadbir sekolah.

Guru Besar menyampaikan sedkit ucapan alu-aluan






Rabu, 20 Februari 2013

PROGRAM 1MURID 1SUKAN PERINGKAT SK TELOK SENTANG 2013


20 Februari 2013 - dengan kerjasama dari guru-guru dan Unit Ko-Kurikulum, berlangsung pagi ini Program 1Murid 1Sukan peringkat SK Telok Sentang. Program dimulakan dengan acara memanaskan badan yang dikendalikan oleh Ustaz Sazali selaku penyelaras Unit Sukan SK Telok Sentang bagi tahun 2013 ini. Setelah itu, murid-murid dibawa ke padang untuk acara larian mengikut kategori tahap untuk pemilihan peserta olahraga untuk mewakili sekolah ke peringkat zon Semantan dan seterusnya ke peringkat daerah Temerloh. Moga program peringkat Kementerian Pelajaran Malaysia dapat memberi impak yang baik untuk kesihatan murid dengan pemilihan sekurang-kurangnya satu sukan untuk satu murid.













Isnin, 4 Februari 2013

MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH PERTANDINGAN SEMPENA SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT SK TELOK SENTANG1434H / 2013 M


4 Februari 2013 - Sepanjang perjalanan program Maulidur Rasul pada 25 Januari 2013 bersamaan 13 Rabi'ul Awwal 1434 yang lalu, berlangsung juga secara serentak peraduan mewarna untuk semua murid tahap 1, pertandingan mengarang esei biodata Rasulullah S.A.W. khusus untuk murid-murid Islam tahap 2, pertandingan tulisan cantik untuk    murid-murid Asli tahap 2 dan sepanjang minggu tersebut sebelum program kemuncak sambutan Maulidur Rasul berlangsung pertandingan sepanduk Maulidur Rasul. 

                   Oleh kerana  dengan kesibukan program sekolah selepas sambutan Maulidur Rasul berlangsung, maka acara penyampaian hadiah untuk pertandingan yang disebutkan tadi tidak dapat dilaksanakan sejurus selepas program Maulidur Rasul. Walaubagaimanapun, dengan izin Allah, pagi tadi (4 Februari 2013) baru dapat diserahkan hadiah-hadiah kepada pemenang-pemenang pertandingan. TAHNIAH diucapkan kepada berjaya dan kepada yang tidak dapat hadiah, cuba lagi tahun depan. Terima kasih kepada Tuan Haji Riza bin Mohamad Shah kerana sudi menyempurnakan penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang pertandingan pada pagi tadi (4 Februari 2013)... 

                     Sekalung penghargaan buat semua AJK Kerja Sambutan Maulidur Rasul pada tahun 2013 ini, terutama sekali kepada JK Hadiah yang bertungkus lumus menyediakan hadiah untuk pemenang pada kali ini... Sekian untuk catatan kali ini.    

Tahniah untuk Adik Airisha Nabha dari kelas Pra Sekolah, salah seorang 
pemenang peraduan mewarna. Terima kasih kepada Tuan Haji Riza kerana 
sudi menyempurnakan acara penyampaian hadiah.
Tahniah untuk Adik Amin Syukri dari tahun 1 Cemerlang
(Peraduan Mewarna)

Tahniah untuk Adik Hana' Insyirah dari tahun 2 Cemerlang
(peraduan mewarna)


Tahniah untuk Kumpulan Adik Nur Aina Syahirah
(Juara Pertandingan Sepanduk Maulidur Rasul Tahun 4)
Tahniah untuk Kumpulan Adik Nur Adlina Aqilah 
(Pemenang Pertandingan Mengarang Esei Biodata Rasulullah Tahun 5)

Tahniah untuk Kumpulan Adik Mohd Haziq bin Nazri 
(Pemenang Pertandingan Mengarang Esei Biodata Rasulullah Tahun 5)


Tahniah untuk Kumpulan Adik Engku Mohd Haikal
(Juara Pertandingan Sepanduk Maulidur Rasul Tahun 6)



PERASMIAN PROGRAM 

"MOH MEMBACA" 

PERINGKAT SK TELOK SENTANG 2013

4 Februari 2013 - Satu lagi program telah dilancarkan pada pagi tadi semasa perhimpuan rasmi iaitu Program "Moh Membaca"  di bawah kendalian Pusat Sumber SK Telok Sentang. Antara tujuan program ini dilaksanakan adalah untuk menggalakkan budaya membaca di kalangan murid-murid SK Telok Sentang bermula dari kelas tahun 1 hinggalah tahun 6. Buku yang dipinjam oleh murid-murid SK Telok Sentang di Pusat Sumber akan dibaca oleh murid dan apa yang mereka baca akan disampaikan kepada guru kelas masing-masing. Selepas itu, bahan bacaan mereka yang direkod dan disahkan oleh guru kelas mereka. Ada hadiah menarik untuk murid-murid yang paling banyak membaca buku. Program ini akan berlangsung sepanjang tahun. "Moh membaca"...  

SELAMAT MEMBACA.... JADIKAN MEMBACA AMALAN HIDUP KITA

Foto sekitar Majlis Perasmian 

Tuan Haji Riza melancarkan program "Moh Membaca" dengan  gimik memecah ais 



Maka  dengan rasminya pelancaran Program "Moh Membaca"