Isnin, 6 April 2015

MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH SEMPENA MINGGU ANTI DADAH SK TELOK SENTANG 2015

Juru Gambar:
Ustazah Hasnah binti Jantan

Majlis Penyampaian hadiah untuk program sempena Minggu
Anti Dadah Peringkat SK Telok Sentang 2015 dipengerusikan
oleh Cikgu Zamzuri bin Md. Salleh selaku guru bertugas
untuk minggu ini. 

Majlis Penyampaian hadiah dimulakan dengan penyampaian
hadiah untuk acara Peraduan Mewarna murid tahap 1 oleh
Tuan Guru Besar, Tuan Haji Kamalzaman bin Suleiman



Majlis Penyampaian hadiah diteruskan oleh penyampaian
hadiah untuk pertandingan melukis poster oleh murid-murid
tahap 2. Hadiah disampaikan oleh GPK Pendidikan Khas,
Puan Razipahamisah binti Abdul Hamid


 


Majlis Penyampaian hadiah diteruskan dengan penyampaian
hadiah untuk Teka silangkata tahap 2 dan Pertandingan
mengarang esei tahun 6. Hadiah disampaikan oleh GPK HEM,
Puan Maisyara binti Osman.










TAHNIAH
kepada para pemenang. Kepada murid-murid yang tidak bernasib baik boleh cuba lagi kepada penganjuran program pada tahun hadapan.

TERIMA KASIH DAN TAHNIAH
kepada semua guru yang terlibat dalam menjayakan program MINGGU ANTI DADAH PERINGKAT SK TELOK SENTANG pada tahun 2015 kali ini. In sya Allah kita akan menganjurkan program yang sama pada tahun hadapan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan