Jumaat, 5 Julai 2013

Majlis Persaraan Cikgu Siti Fatimah

MAJLIS PERSARAAN CIKGU SITI FATIMAH BINTI YAAKOB

24 Jun 2013 yang lepas (bermula jam 12 tengahari), satu majlis ringkas telah diadakan khusus untuk Cikgu Siti Fatimah binti Yaakob sempena persaraan beliau pada 1 Julai 2013. Program dimulakan dengan majlis ucapan dari Tuan Guru Besar, wakil guru, wakil PIBG, En. Nordin dan ucapan dari wakil murid. Selepas itu, majlis penyampaian cenderahati kepada Cikgu Siti Fatimah dari Panitia Pendidikan Islam dan beberapa hadiah persaraan dari beberapa orang cikgu. Program diteruskan dengan majlis bersalaman antara Cikgu Siti Fatimah dengan murid-murid tahun 4, 5 dan 6. Majlis berakhir dengan ucapan mesra, "Selamat Bersara" dari semua guru sebelum cikgu Siti Fatimah pulang dengan MPV Exora yang dihias khas sempena persaraan beliau. Terima kasih Cikgu Siti Fatimah, selamat bersara, Jasa cikgu akan kami kenang selalu....
Foto kredit to : Cikgu Norkhafizah 




















Selamat bersara Cikgu Siti Fatimah,
jasamu akan sentiasa kami kenang

Tiada ulasan:

Catat Ulasan