Isnin, 22 April 2013


ACARA PENYAMPAIAN HADIAH 

PROGRAM: KEMPEN HORMATI WARGA EMAS  

PERINGKAT SK TELOK SENTANG 2013


22 April 2013 - Pagi ini bertempat di dataran perhimpunan SK Telok Sentang telah berlangsung acara penyampaian hadiah kepada pemenang aktiviti mewarna dan buku skrap bagi murid pra sekolah, Pendidikan Khas dan murid-murid tahap satu dan aktiviti amazing race bagi murid-murid tahap dua sempena Kempen Hormati Warga Emas peringkat SK Telok Sentang. TAHNIAH diucapkan kepada yang berjaya dan bagi yang tidak bernasib baik, cuba lagi tahun depan. Terima kasih diucapkan kepada Panitia Sivik dan Kewarganegaraan dengan kerjasama Unit Bimbingan dan Kaunseling serta Unit Uniform dan Persatuan atas penganjuran program ini. Tidak lupa juga ucapana ribuan terima kasih kepada semua guru yang terlibat dalam menjayakan program ini.  Terima kasih yang tidak terhingga juga diucapkan kepada Guru Besar, Tuan Haji Riza kerana sudi menyampaikan hadiah kepada pemenang-pemenang. TAHNIAH sekali lagi.  
Jurufoto: Cikgu Mohd Arafat. 










 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan