Sabtu, 9 Mac 2013

KEM KEPIMPINAN PENGAWAS

SK TELOK SENTANG 2013

9 Mac 2013 - Bermula jam 8.00 pagi hingga 12.30 tengahari tadi berlangsung satu lagi program di bawah Unit Disiplin iaitu Kem Kepimpinan khusus untuk pengawas-pengawas SK Telok Sentang. Program ini melibatkan semua pengawas sekolah. Tujuan utama penganjuran kursus ini ialah untuk memberi pendedahan cara membantu pengendalian tugas yang pelbagai kepada pelajar sebagai panduan dan bekalan untuk menghadapi cabaran memikul tugas dan tanggungjawab sebagai seorang pemimpin. Oleh yang demikian, program ini khususnya dirancang untuk meningkatkan kemahiran dalam kepimpinan, pengetahuan dan menambah pengalaman serta memantapkan pelajar. Program ini juga dirancang untuk memberi ruang dan peluang kepada para peserta untuk berkongsi pengalaman sesama jurulatih dan pihak-pihak luar dalam memantapkan lagi profesionalisme mereka. Semoga usaha ini akan memberi manfaat dan hasil kejayaan yang cemerlang dalam menjalankan tugas murni mereka dari masa ke semasa demi mengharumkan nama sekolah. 


Antara objektif program Ini adalah untuk :

1.1 Memantapkan pengetahuan sedia ada peserta berkaitan dengan modul program jati diri.
1.2 Memupuk nilai-nilai kreatif dan semangat dalam proses melengkapkan diri dengan modul yang pelbagai.
1.3 Membina kepercayaan dan keyakinan pada diri bahawa dengan persediaan yang mantap boleh menjadikan para pengawas dapat membantu kearah peningkatan akademik dan sahsiah.
1.4 Melalui aktiviti-aktiviti yang telah dirancang ini , dengan harapan akan menyemarakkan rasa komitmen yang tinggi dalam diri setiap para pengawas apabila menghadapi tugas yang diamanahkan.

TAHNIAH kepada Unit Disiplin atas penganjuaran program ini.

Slot ceramah 1: Masalah Remaja oleh Cif Inspektor Mohd Fadzli bin Abdul Malek,
Inspektor Hal Ehwal Awam IPD Temerloh.
Gambar Kenangan bersama Cif Inspektor Mohd Fadzli bersama pengawas-pengawas
SK Telok Sentang.

Slot Ceramah 2: Motivasi Kepimpinan oleh Ustaz Sahril Hisham, Guru Pendidikan Islam
dari SK Guai, Temerloh


Ustaz Cik Sofian mewakili pihak SK Telok Sentang mengucapkan ribuan terima kasih
atas kehadiran pengawas SK Telok Sentang dalam menjayakan program
Kem Kepimpinan hari ini
Gambar kenangan dengan penceramah.

 




Tiada ulasan:

Catat Ulasan