Isnin, 4 Mac 2013

ACARA PENYAMPAIAN HADIAH 

KARNIVAL BAHASA MELAYU

PERTANDINGAN PIDATO DAN BERCERITA 

PERINGKAT ZON SEMANTAN 2013


4 Mac 2013 - Pagi ini bertempat di dataran perhimpunan SK Telok Sentang telah berlangsung acara penyampaian hadiah kepada murid-murid SK Telok Sentang yang telah menyertai Karnival Bahasa Melayu peringkat zon Semantan - acara pidato dan bercerita yang berlangsung di SK Bandar Temerloh. Pertandingan Bercerita tahap satu diwakili oleh adik Dina Hasana dan mendapat naib johan, Bercerita tahap dua diwakili oleh adik Aina Natasha mendapat hadiah saguhati dan pertandingan pidato pula diwakili oleh adik Diyana Asyikin dan mendapat tempat ketiga secara keseluruhan. TAHNIAH diucapkan kepada ketiga-tiga wakil SK Telok Sentang walaupun tidak berjaya mewakili zon Semantan. Guru pembimbing dan pengiring yang hadir ke Karnival tersebut adalah Cikgu Fadilah dan Cikgu Zaleha. Terima kasih diucapkan kepada Panitia Bahasa Melayu atas inisiatif menyertai Karnival Bahasa Melayu peringkat zon Semantan ini. TAHNIAH sekali lagi. 

Tn. Hj. Riza menyampaikan sijil dan hadiah naib johan pertandingan 
bercerita tahap satu sempena karnival Bahasa Melayu kepada 
Adik Dina Hasana 


Tn. Hj. Riza menyampaikan sijil dan hadiah saguhati pertandingan 
bercerita tahap dua sempena karnival Bahasa Melayu kepada 
Adik Aina Natasya 

Tn. Hj. Riza menyampaikan sijil dan hadiah tempat ketiga 
pertandingan pidato tahap dua sempena karnival Bahasa Melayu 
kepada Adik Diyana Asyikin