Selasa, 9 Julai 2013

Pelancaran Program Ihya Ramadhan

MAJLIS PELANCARAN IHYA' RAMADHAN SK TELOK SENTANG 2013

8 Jun 2013 (Isnin) - berlangsung Majlis Pelancaran Ihya' Ramadhan bagi SK Telok Sentang pada tahun 2013 bersamaan tahun 1434 hijriah. Majlis pelancaran Ihya' Ramadhan dimulakan dengan bacaan ayat-ayat suci al-Quran oleh Adik Diyana Asyiqin yang merupakan JOHAN Hafazan al-Quran kategori perempuan, Majlis Tilawah al-Quran Peringkat Daerah Temerloh. Majlis pelancaran diteruskan dengan ucapan alu-aluan dari penyelaras program, Ustaz Mohamad Padli bin Kamaruddin. Seterusnya, ucapan perasmian Program Ihya' Ramadhan SK Telok Sentang oleh Tuan Guru Besar, Tn. Hj. Riza bin Mohamad Shah. Acara kemuncak majlis pelancaran Ihya' Ramadhan tahun ini dengan upacara menyuap buah kurma kepada semua murid didahului dengan upacara menyuap kurma oleh Guru besar kepada ketua murid dan seteruanya upacara menyuap kurma kepada semua murid oleh guru kelas masing-masing. Majlis pelancaran Ihya Ramadhan diakhiri dengan tazkirah 5 minit yang disampaikan oleh Ustaz Sazali bin Patahir.

Antara aktiviti yang akan dilaksanakan pada bulan Ramadhan kali ini adalah:

1.  Majlis Pelancaran Program Ihya’ Ramadhan.
2. Tadarus al-Quran guru dan murid
3. Memperdengarkan Al-Quran/Zikir/Nasyid (Setiap pagi dan waktu rehat)
4.  Tazkirah Ramadhan (5 Minit setiap pagi)
5. Kuiz Ramadhan (2 soalan kuiz pada setiap hari dalam bulan Ramadhan selepas tazkirah)
6. Kutipan Derma / Galakan Bersedekah (Tabung Ihya’ Ramadhan)
7. Majlis Khatam Al-Quran 1434 H

Foto kredit to: Cikgu Mohd Arafat

Bacaan al-Quran oleh Adik Diyana Asyiqin


Ucapan alu-aluan oleh Penyelaras program Ihya' Ramadhan,
Ustaz Mohamad Padli bin Kamarudin


Ucapan perasmian oleh Tuan Guru Besar

Upacara menyuap kurma, simbolik menyambut kedatangan
bulan Ramadhan. 


Tazkirah Ramadhan 5 minit oleh Ustaz Sazali bin Patahir







      

Tiada ulasan:

Catat Ulasan