Jumaat, 26 Julai 2013

Program Ihya Ramadhan 2013

NUZUL AL-QURAN


Peristiwa nuzul al-Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi S.A.W. hingga  seterusnya diturunkan berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini. Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad S.A.W. Perkataan ‘nuzul’ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi S.A.W maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran. ‘Al-Quran’ bererti bacaan atau himpunan. Di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, sains, teknologi dan sebagainya. Kalimah al-Quran sering dicantumkan dengan rangkai kata ‘al-Quran mukjizat akhir zaman’ atau ‘al-Quran yang mempunyai mukjizat’. Malah inilah sebenarnya kelebihan al-Quran tidak ada satu perkara pun yang dicuaikan atau tertinggal di dalam al-Quran. Dengan lain perkataan segalanya terdapat di dalam al-Quran. Firman Allah: "Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan)" (Al-An’am:38). Al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan. Dalam sejarah kehidupan Nabi S.A.W ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibrail ialah lima ayat pertama daripada surah Al-‘Alaq. maksudnya:


"Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya". (al-‘Alaq:1-5)

Program Ihya Ramadhan 2013

MAJLIS TADARUS AL-QURAN dan TAZKIRAH RAMADHAN 5 MINIT

Kumpulan Tadarus al-Quran yang dipimpin oleh Ustaz Mohamad Padli

Program Tazkirah Ramadhan 5 minit yang disampaikan oleh
Ustaz Cik Sofian di tapak perhimpunan sekolah. 

Program Ihya Ramadhan 2013

MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH: KUIZ RAMADHAN

22 Julai 2013 - (Isnin) Majlis penyampaian hadiah telah berlangsung pada hari Isnin khusus bagi program kuiz Ramadhan sempena Program Ihya Ramadhan peringkat SK Telok Sentang pada tahun 2013 ini. Dua soalan kuiz akan diutarakan pada setiap hari selepas tazkirah 5 minit yang disampaikan oleh ustaz dan ustazah terpilih. Soalan kuiz hanya untuk murid-murid tahap 2. Maka hanya dua orang murid yang akan dipilih sebagai pemenang. Kuiz Ramadhan berlangsung selama 15 hari sepanjang bulan Ramadhan dengan 30 soalan. TAHNIAH kepada 12 pemenang terawal. Selebihnya, pemenang akan diumumkan pada majlis penutup program Ihya Ramadhan pada 1 Ogos 2013. 

foto kredit to: Cikgu Nurkhafizah Mohd Razlan










Program Karnival Seni Visual 2013

MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH PROGRAM KARNIVAL SENI VISUAL SK TELOK SENTANG 2013

Sempena program Karnival Seni Visual, Unit Ko-Kurikulum SK Telok Sentang telah menganjurkan pertandingan melukis poster yang melibatkan semua murid tahap dua. Pertandingan ini dibahagi kepada dua kategori iaitu berkumpulan dan individu. Kategori Berkumpulan melibatkan semua persatuan, manakala individu dipilih pemenang berdasarkan kriteria yang paling cantik dan kreatif. TAHNIAH kepada pemenang. Murid yang tidak berjaya, boleh cuba lagi tahun depan. Terima kasih diucapkan kepada Tuan Guru Besar kerana sudi menyampaikan hadiah kepada semua pemenang yang terpilih.


foto kredit kepada: Cikgu Mohd Arafat













Selasa, 9 Julai 2013

Pelancaran Program Ihya Ramadhan

MAJLIS PELANCARAN IHYA' RAMADHAN SK TELOK SENTANG 2013

8 Jun 2013 (Isnin) - berlangsung Majlis Pelancaran Ihya' Ramadhan bagi SK Telok Sentang pada tahun 2013 bersamaan tahun 1434 hijriah. Majlis pelancaran Ihya' Ramadhan dimulakan dengan bacaan ayat-ayat suci al-Quran oleh Adik Diyana Asyiqin yang merupakan JOHAN Hafazan al-Quran kategori perempuan, Majlis Tilawah al-Quran Peringkat Daerah Temerloh. Majlis pelancaran diteruskan dengan ucapan alu-aluan dari penyelaras program, Ustaz Mohamad Padli bin Kamaruddin. Seterusnya, ucapan perasmian Program Ihya' Ramadhan SK Telok Sentang oleh Tuan Guru Besar, Tn. Hj. Riza bin Mohamad Shah. Acara kemuncak majlis pelancaran Ihya' Ramadhan tahun ini dengan upacara menyuap buah kurma kepada semua murid didahului dengan upacara menyuap kurma oleh Guru besar kepada ketua murid dan seteruanya upacara menyuap kurma kepada semua murid oleh guru kelas masing-masing. Majlis pelancaran Ihya Ramadhan diakhiri dengan tazkirah 5 minit yang disampaikan oleh Ustaz Sazali bin Patahir.

Antara aktiviti yang akan dilaksanakan pada bulan Ramadhan kali ini adalah:

1.  Majlis Pelancaran Program Ihya’ Ramadhan.
2. Tadarus al-Quran guru dan murid
3. Memperdengarkan Al-Quran/Zikir/Nasyid (Setiap pagi dan waktu rehat)
4.  Tazkirah Ramadhan (5 Minit setiap pagi)
5. Kuiz Ramadhan (2 soalan kuiz pada setiap hari dalam bulan Ramadhan selepas tazkirah)
6. Kutipan Derma / Galakan Bersedekah (Tabung Ihya’ Ramadhan)
7. Majlis Khatam Al-Quran 1434 H

Foto kredit to: Cikgu Mohd Arafat

Bacaan al-Quran oleh Adik Diyana Asyiqin


Ucapan alu-aluan oleh Penyelaras program Ihya' Ramadhan,
Ustaz Mohamad Padli bin Kamarudin


Ucapan perasmian oleh Tuan Guru Besar

Upacara menyuap kurma, simbolik menyambut kedatangan
bulan Ramadhan. 


Tazkirah Ramadhan 5 minit oleh Ustaz Sazali bin Patahir







      

Jumaat, 5 Julai 2013

Makan Malam @ Hotel Seri Malaysia, Temerloh

MAJLIS SANJUNGAN BUDI SEJAMBAK KASIH
SEMPENA  PERSARAAN
PUAN HAJJAH SITI FATIMAH BINTI YAAKOB
GPK Pentadbiran SK Telok Sentang

30 Jun 2013 - Sempena dengan persaraan Cikgu Siti Fatimah, dengan kerjasama Kelab Guru dan kakitangan SK Telok Sentang, satu majlis makan malam telah diadakan bertempat di Hotel Seri Malaysia Temerloh. Majlis meriah sekali dengan kehadiran semua guru dan kakitangan SK Telok Sentang. Majlis juga meraikan kehadiran Cikgu Norhayati binti Hassan yang merupakan bekas guru Pendidikan Khas yang telah bertukar tempat bertugas di SK Lanchang, Temerloh. Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh al-Fadhil Ustaz Cik Sofian,  majlis diteruskan dengan ucapan alu-aluan oleh Cikgu Nik Sharifuddin yang merupakan  pengerusi Kelab Guru dan Kakitangan SK Telok Sentang, setelah itu ucapan dari Cikgu Siti Fatimah. Setelah itu, majlis diteruskan dengan ucapan dari Cikgu Norhayati. Majlis diserikan dengan upacara memotong kek ulangtahun kelahiran Cikgu Siti Fatimah dan majlis penyampaian hadiah dan cenderahati kenang-kenangan kepada Cikgu Siti Fatimah dari guru-guru SK Telok Sentang. Mudah-mudahan program yang dilaksanakan memberi seribu kenangan manis untuk Cikgu Siti Fatimah dan keluarga. Selamat Bersara Cikgu, Jasamu tetap dikenang hingga akhir hayat kami... 
Foto kredit to: Cikgu Mohd Arafat