PERISTIWA ISRA’ DAN MIKRAJ
1. Sebelum Isra’ dan
Mikraj
Rasulullah S. A. W. menjalani
pembedahan dada yang dilakukan oleh malaikat Jibrail dan Mika'il. Hati Baginda
S. A. W. dicuci dengan air zamzam, dibuang ketulan hitam ('alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan was-wasnya. Kemudian dimasukkan hikmat, ilmu
dan iman ke dalam dada Rasulullah S. A. W. Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan
dengan "khatimin nubuwwah". Setelah selesai pembedahan,
didatangkan binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah semasa
baginda rasul dibawa ke Masjid al-Aqsa, Palestin dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan "Isra’"
itu.
2. Semasa Isra’ (Perjalanan dari Masjid al-Haram ke Masjid al-Aqsa):
Sepanjang perjalanan (Isra’)
itu, Rasulullah S. A.W. ditemani oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di
tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah), Rasulullah
telah di arah oleh Jibrail supaya berhenti dan bersolat sebanyak dua rakaat.
Antara tempat-tempat berkenaan ialah:
i. Negeri Thaibah
(Madinah), tempat Rasulullah akan melakukan hijrah.
ii. Bukit Tursina,
iaitu tempat Nabi Musa A. S. menerima wahyu daripada Allah;
iii. Bait al-Laham
(tempat Nabi 'Isa A. S. dilahirkan);
Dalam perjalanan itu juga
baginda Rasulullah S.A.W. menghadapi gangguan jin 'Ifrit dengan cahaya api dan
dapat menyaksikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib. Antaranya:
• Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. Apabila dituai, hasil tanaman yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah S. A. W. diberitahu oleh Jibrail: Itulah kaum yang berjihad "fi Sabilillah" yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.
• Tempat yang berbau harum. Rasulullah S.A.W. diberitahu oleh Jibrail: Itulah bau kubur Masyitah (tukang sikat rambut anak Fir'aun) bersama suaminya dan anak-anaknya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir'aun kerana tetap teguh beriman kepada Allah (tidak mahu mengakui Fir'aun sebagai tuhan).
• Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka yan pecah akan bercantum kembali, lalu dipecahkan semula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (solat).

• Sekumpulan orang yang
hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebis kain. Mereka
dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka
Jahannam. Kata Jibrail: Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta
mereka.
• Satu kaum, lelaki dan perempuan yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri/suami.
• Lelaki yang berenang
dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: Itulah orang yang makan
riba'.
• Lelaki yang menghimpun
seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang
lain. Kata Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih
menerima amanah yang lain.
• Satu kaum yang sedang
menggunting lidah dan bibir mereka dengan gunting besi berkali-kali. Setiap
kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali bercantum seperti biasa. Kata
Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia
sendiri tidak melakukannya.
• Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.
• Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.
• Seekor lembu jantan yang
besar keluar dari lubang yang sempit. Tidak dapat dimasukkan semula lubang itu.
Kata Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (takabbur). Kemudian menyesal,
tapi sudah terlambat.
• Seorang perempuan dengan
dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya.
Kata Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya,
nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.
• Seorang perempuan tua
duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah S. A.W. tidak menghiraukannya. Kata Jibrail: Itulah orang yang mensia-siakan
umurnya sampai ke tua.
• Seorang perempuan
bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: Itulah
gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.
Setibanya di Masjid al-Aqsa,
Rasulullah turun dari Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan solat
dua rakaat dengan segala anbia` dan mursalin menjadi makmum.
Rasulullah S.A.W. terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bejana yang berisi arak dan susu. Baginda tidak mengetahui isi bejana tersebut, walaupun begitu Rasulullah telah memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail: Baginda membuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.

3. Semasa Mikraj (Naik ke
Hadhrat al-Qudus menemui Allah):
Didatangkan Mikraj
(tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah S. A.W. dan Jibrail naik ke atas
tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafazhah).
i. Langit Pertama:
Rasulullah S.A.W. dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan
Nabi Adam A. S. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba' dan harta
anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh
dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.
ii. Langit Kedua: Nabi
S.A.W. dan Jibrail naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan
Nabi 'Isa A.S. dan Nabi Yahya A.S.
ii. Langit Ketiga: Naik
langit ketiga. Bertemu dengan Nabi Yusuf A.S.
iii. Langit Keempat: Naik
tangga langit keempat. Bertemu dengan Nabi Idris A.S.
iv. Langit Kelima: Naik tangga langit kelima. Bertemu dengan Nabi Harun A.S. yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.
v. Langit Keenam: Naik
tangga langit keenam. Bertemu dengan Nabi-Nabi. Seterusnya dengan Nabi Musa
A.S. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat
umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa
hisab.
vi. Langit Ketujuh: Naik
tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim
Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul Ma'mur dihadapi oleh beberapa
kaumnya. Kepada Rasulullah S. A. W., Nabi Ibrahim A. S. bersabda,
"Engkau akan berjumpa
dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dha'if, maka
berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga dengan berzikir
LA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH".
Mengikut riwayat lain,
Nabi Ibrahim A.S. bersabda,
"Sampaikan salamku
kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan
tanamannya ialah lima kalimah, iaitu: SUBHANALLAH, WALHAMDULILLAH, WA LAILAHA
ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan WA LA HAULA WA LA QUWWATA ILLA BILLAHIL- 'ALIYYIL-'AZIM.
Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam
syurga".
Setelah melihat beberapa
peristiwa lain yang ajaib. Rasulullah dan Jibrail masuk ke dalam
Bait al-Makmur dan bersolat (Bait al-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Makkah).
vii. Tangga Kelapan: Disinilah disebut "al-Kursi" yang berbetulan dengan dahan pokok
Sidrat al-Muntaha. Rasulullah S. A. W. menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tidak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tidak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah S.A.W. dapat menyaksikan sungai al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan malaikat Malik penjaganya.
viii. Tangga Kesembilan: Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidrat al-Muntaha. Rasulullah S.A.W. masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Syarir al-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam Nur 'Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.
ix. Tangga Kesepuluh: Baginda Rasulullah sampai di Hadhrat al-Qudus dan Hadhrat Rabb al-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah S. W. T. dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad, Rasul-Nya:
Allah S. W. T.: “Ya Muhammad”. Rasulullah: “Labbaika”. Allah S. W. T.: “Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan”. Rasulullah : “Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Daud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan 'Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan”. Allah S. W. T: “Aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari qiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah 'Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah, amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakan kepadamu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu dan aku fardhukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) solat”.

4. Selesai munajat,
Rasulullah S. A. W. di bawa menemui Nabi Ibrahim A. S. kemudian Nabi Musa A. S.
yang kemudiannya menyuruh Rasulullah S. A. W. merayu kepada Allah S. W. T agar
diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu solat itu. Selepas sembilan kali
merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan
memfardhukan solat lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya
sebanyak 50 waktu juga.
5. Selepas Mikraj
5. Selepas Mikraj
Rasulullah S. A. W. turun
ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Bait al-Maqdis. Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama. Dalam
perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya
menjadi saksi (bukti) peristiwa Isra’ dan Mikraj yang amat ajaib itu (Daripada
satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18
bulan sebelum hijrah). Wallahu'alam.
(Sumber : Kitab Jam'
al-Fawaa`id) Kesimpulannya, peristiwa Isra’ dan Mikraj bukan hanya
sekadar sebuah kisah sejarah yang diceritakan kembali setiap kali 27 Rejab
menjelang, yang lebih penting untuk kita menghayati pengajaran di sebalik
peristiwa tersebut bagi meneladani perkara yang baik dan menjauhi perkara yang
tidak baik. Peristiwa Isra’ dan Mikraj yang memperlihatkan pelbagai kejadian
aneh yang penuh pengajaran seharusnya memberi keinsafan kepada kita agar
sentiasa mengingati Allah dan takut kepada kekuasaan-Nya.
Seandainya peristiwa dalam
Isra’ dan Mikraj ini dipelajari dan benar-benar dihayati, kemungkinan manusia
mampu mengelakkan dirinya daripada melakukan berbagai-bagai kejahatan. Kejadian Isra’ dan Mikraj juga adalah untuk
menguji keimanan umat Islam.
Orang-orang kafir di zaman Nabi S.A.W. langsung tidak mempercayai, malahan memperolok-olokkan Nabi sebaik-baik Nabi bercerita kepada mereka. Peristiwa Isra’ dan Mikraj itu merupakan ujian dan mukjizat yang membuktikan kudrat atau kekuasaan Allah S.W.T.. Allah S.W.T. telah menunjukkan bukti-bukti kekuasaan dan kebesaran-Nya kepada Baginda S.A.W.

Mafhum firman Allah S. W.
T. : "Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu
malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati
sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda
kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat".
(Surah Al-Isra', ayat:1). Wallahu a'lam..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan