MESYUARAT AGONG PIBG
SK TELOK SENTANG 2013
14 Mac 2013 - Jam 2.30 petang berlangsung Mesyuarat Agong PIBG SK Telok Sentang 2013. Program dimulakan dengan mesyuarat PIBG mula jam 3.00 petang hingga 4.30 petang sementara menunggu perasmi sampai ke SK Telok Sentang. Perasmi mesyuarat PIBG tahun ini adalah ADUN Kerdau iaitu YB Tuan Syed Ibrahim bin Syed Ahmad. Alhamdulillah mesyuarat kali ini berjalan dengan lancar yang dipengerusikan oleh YDP PIBG SK Telok Sentang iaitu Encik Nordin bin Awang Ismail. Syukur kehadrat ilahi kerana YB Tuan Syed Ibrahim sudi menyampaikan sumbangan RM3000 untuk pembinaan astaka tapak perhimpunan. Pihak Pejabat ADUN Kerdau melalui YB Tuan Syed Ibrahim juga bersetuju untuk menghulurkan sumbangan 50 buah kerusi plastik untuk kegunaan sebarang majlis yang berlangsung di sekolah. Pihak SK Telok Sentang dan PIBG SK Telok Sentang mengucapkan jutaan terima kasih atas sumbangan yang dihulurkan untuk kemudahan pihak sekolah dan PIBG. TAHNIAH dan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang menjayakan mesyuarat agong PIBG kali ini. "Kalau ada jarum yang patah, jangan simpan di dalam peti, kalau ada silap dan salah, jangan simpan di dalam hati"....
|
Pendaftaran ahli PIBG |
|
Buku Program Mesyuarat PIBG Kali ke-39 tahun 2013 |
|
AJK PIBG 2012/2013: dari kiri - Encik Joehari (NYDP), Encik Nordin (YDP), Tn. Hj. Riza (Guru Besar SKTS), Ustaz Cik Sofian (Setiausaha PIBG) dan Ustaz Sazali (Bendahari PIBG) |
|
Sebahagian ahli di kalangan guru dan kakitangan SK Telok Sentang yang hadir ke mesyuarat PIBG kali ini. |
|
No. cabutan bertuah... |
|
Persembahan koir dari kelas 5 Cemerlang yang dibimbing oleh Cikgu Norkhafizah |
|
Ucapan perasmian oleh YB Tuan Syed Ibrahim bin Syed Ahmad, ADUN Kerdau |
|
Member of Ceremony tahun ini; Encik Syahrul Airin dan Puan Suhana |
|
Penyampaian cerderahati oleh YDP PIBG, Encik Nordin kepada YB Tuan Syed Ibrahim sebagai tanda kenang-kenangan dari pihak PIBG. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan