Selasa, 29 Januari 2013


MAJLIS PENYERAHAN  BANTUAN KHAS AWAL PERSEKOLAHAN RM100 TAHUN 2013 SK TELOK SENTANG


Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) adalah salah satu bantuan yang telah dijanjikan oleh Y.A.B. Dato' Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia dalam bajet 2012. Selain dari BR1M, kerajaan juga telah memberikan Bantuan Persekolahan sebanyak RM100 yang diberikan kepada semua pelajar sekolah rendah dan menengah di seluruh negara. Diharapkan bantuan ini dapat membantu kira-kira 5.3 juta pelajar seluruh Malaysia. Tujuan bantuan ini diberi awal tahun ini adalah bagi memudahkan proses pembelian keperluan pembelajaran bagi setiap pelajar. bebanan ibubapa juga dapat diringankan kerana anak-anak dapat menggunakan wang bantuan persekolahan yang diberikan oleh kerajaan untuk menampung keperluan seperti membeli peralatan alat tulis dan buku-buku. Bantuan persekolahan ini juga menunjukkan keperihatinan kerajaan terhadap permasalahan rakyat yang terpaksa ditanggung oleh ibubapa setiap kali musim persekolahan bermula. Diharapkan dengan bantuan ini, ibubapa dapat menyediakan anak-anak mereka suasana yang lebih selesa dalam proses pembelajaran anak-anak. 

Jadi, dari inisiatif kerajaan maka satu majlis telah diadakan untuk menyerahkan bantuan khas awal persekolahan ini yang berlangsung pada hari ini (29 Januari 2013) jam 11.00 pagi tadi. Majlis penyerahan bantuan khas awal persekolahan RM100 tahun 2013 telah disempurnakan oleh yang berbahagia En. Mohd Arhan bin Haji Salahuddin wakil khas ADUN Kerdau merangkap pegawai khas Tan Sri Muhyiddin Yasin negeri Pahang. Turut hadir sama dalam majlis ini adalah YDP PIBG SK Telok Sentang, En. Nordin bin Awang Ismail dan Mantan Guru Besar SK Telok Sentang, Cikgu Hassan bin Mat Amin. Bermula jam 10.30 pagi, SK Telok sentang dipenuhi oleh ibu bapa penjaga murid-murid SK Telok Sentang bagi mendaftar untuk menerima bantuan khas awal persekolahan ini. Walaupun majlis sangat ringkas dan padat tetapi ianya sangat bermakna kepada pihak ibu bapa penjaga kerana sedikit sebanyak bantuan ini dapat menggembirakan hati ibubapa penjaga murid-murid SK Telok Sentang kerana kebanyakan dari mereka hanyabekerja kampung dan penoreh getah yang sudah pasti memerlukan sedikit perbelanjaan tambahan untuk persekolahan anak-anak mereka. Mudah-mudahan mereka dapat menggunakan bantuan ini untuk keperluan persekolahan anak-anak mereka.
SEKIAN untuk catatan kali ini. Wasalam.

Pendaftaran dijalankan sebelum majlis penyerahan bantuan berlangsung

Sempat lagi berposing, Cikgu Nik

dari kiri Cikgu Razifahamisah, Cikgu Norhayati dan Cikgu Ros Anita 


Guru kelas Tahun 1, dari kiri Cikgu Zaleha dan Cikgu Siti Maznah

Cikgu Murad dan Cikgu Nazri

Cikgu Armayani, Cikgu Fadilah dan Cikgu Sarimah

Ustaz Cik Sopian dan Ustaz Ahmad Ruwaidi, Masters of Ceremony kali ini

Cikgu Nurkhafizah, Peace You'll

Antara ibubapa yang mendaftar

Cikgu Murad yang khusyuk mencatat kehadiran ibubapa 

Cikgu Kamarul kelihatan mendaftar juga.

Cikgu Murad sedang membasahkan tekaknya yang kering

Makin ramai ibubapa yang hadir

"ambik duit ye kak, sabar ye kak, semuanya dapat"

semakin sibuk melayan ibu bapa penjaga

guru sudah diserbu...

Majlis bermula, kelihatan mantan Guru Besar SK Telok Sentang, Cikgu Hassan

Ucapan oleh En. Mohd Arhan bin Hj. Salahuddin, wakil khas ADUN Kerdau

Pada hadirin khusyuk mendengar ucapan oleh wakil khas ADUN Kerdau

En. Mohd Arhan bin Hj. Salahuddin menyampaikan amanat

Majlis penyerahan bantuan bermula dengan memanggil ibubapa penjaga tahun 1



"Terima kasih..."
"ndok ker, kas dah dapat tuk anok kas"